Saturday, June 5, 2010

Kebaikan ilmu seks

Kebaikan ilmu seks

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

DARIPADA segi akademik, pencapaian remaja perempuan di negara kita memang jauh lebih baik berbanding lelaki tetapi agak ketinggalan dalam soal hubungan sosial dan pengetahuan mengenai tubuh badan, khususnya membabitkan isu seks, kedaraan, kitaran haid serta kehamilan.

pix_middle
Kisah pelajar sekolah menengah melahirkan anak dalam tandas, pembuangan bayi dan ramainya remaja mendapat penjagaan di rumah perlindungan adalah bukti generasi muda kita, terutama perempuan, ‘miskin’ dengan ilmu hubungan sosial sehingga mudah terperangkap dengan pujuk rayu teman lelaki yang mahu mengambil kesempatan.


Perkara ini tidak hanya berlaku pada remaja berpendidikan rendah, malah turut membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi yang dianggap golongan cerdik kerana boleh belajar hingga ke menara gading seperti kes bekas siswazah di Johor Bahru yang ditemui mati dalam bilik asrama bersama bayi baru dilahirkan (Harian Metro, 1 Julai 2009).


“Ramai tidak tahu bahawa persepsi atau impian cinta remaja perempuan tidak sama dengan remaja lelaki. Remaja perempuan menganggap teman lelaki sebagai bakal suami dan anggapan ini membuat mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga. Sedangkan pada remaja lelaki, cinta ketika usia muda adalah untuk mencuba, mencari pengalaman seks atau menyahut cabaran rakan.


“Antara jawapan diberi pelajar lelaki sekolah menengah ketika ditanya reaksi mereka jika teman wanita hamil ialah menuduh teman wanita curang (melakukan hubungan seks dengan lelaki lain) atau melarikan diri. Malah, ada yang berkata sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.


“Tiada yang sanggup bertanggungjawab dengan mengahwini teman wanita mereka atas pelbagai faktor,” kata Pengarah Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Norliza Ahmad.


Malangnya perkara ini tidak disedari remaja perempuan. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 LPPKN (2004) mendapati 2.2 peratus golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun (kira-kira 132,000 orang) melakukan hubungan seks luar nikah.


Kajian di Negeri Sembilan (2006) mendapati 5.4 peratus remaja melakukan hubungan seks buat pertama kali pada umur 15 tahun manakala kajian media LPPKN pada 1998 mendapati 27.2 peratus golongan muda melakukan hubungan seks pertama ketika berusia 16 tahun dan umur paling muda pernah direkodkan ialah sembilan tahun.


Berdasarkan rekod klinik dan hospital kerajaan yang dikaji, 19 peratus kes hamil luar nikah membabitkan remaja di bawah 18 tahun dan lebih menyedihkan, 65 peratus daripadanya adalah remaja Melayu! “Remaja adalah masa di mana seseorang paling bertenaga tetapi tenaga ini digunakan ke arah tidak sepatutnya. Ramai ibu bapa mengakui berdepan masalah mengendalikan anak remaja dan ia menjadi masalah kedua utama selepas kewangan.


“Ibu bapa perlu faham, remaja adalah zaman peralihan daripada kanak-kanak ke dewasa. Semua proses yang berlaku ketika peralihan zaman ini memberi kesan kepada perkembangan psikologi mereka.


“Ketika inilah mereka memerlukan panduan ibu bapa supaya tidak terpesong atau terpengaruh dengan anasir tidak baik, terutama dalam bidang hubungan sosial dan seks,” katanya ketika program kesihatan reproduktif dan sosial.

No comments: