Saturday, June 5, 2010

Dara dari kaca mata Islam

Dara dari kaca mata Islam



2010/05/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA seorang ahli yang aktif di satu ruangan forum di Internet. Baru-baru ini saya bertemu dua situasi yang pada saya amat menyedihkan dan mengelirukan.

Berikut adalah dua situasi berkenaan:
a. Seorang suami mendapati isteri tiada darah dara pada malam pertama lantas meninggalkan isteri kerana pada firasatnya isteri itu tiada dara. Kes ini sudah di bawa ke mahkamah dan menunggu hari untuk dibicarakan. Apakah hukum suami berkenaan meninggalkan isterinya begitu saja sedangkan isteri itu seorang gadis yang suci? b. Setahu saya di dalam Islam tiada ujian dara ke atas gadis dilakukan. Tetapi saya bertemu dengan seorang yang begitu kuat kajiannya mengenai dara. Dan hasil kajian dia itu dia mendapati dia perlu menyuruh teman wanitanya melakukan ujian dara sebelum berkahwin dengannya atas alasan kejujuran.


Bolehkah cara ini dilakukan. Apakah hukumnya tidak jatuh haram?

KELIRU,
Bangsar

Sudah pasti bagi seorang lelaki yang soleh mahukan isteri yang solehah. Kesucian dan tanda dara seorang wanita bukan lagi diukur secara lama dengan melihat kepada darah atau selaput dara sewaktu malam pertama. Selaput dara boleh juga hilang walaupun tanpa hubungan terlarang kerana mereka yang terlampau aktif juga ada kemungkinan hilang dara. Dengan teknologi moden yang ada sekarang, selaput dara boleh dikembalikan kepada mereka yang sudah melakukan hubungan kelamin dan lama berkahwin.


Berdosa bagi suami membuat tuduhan tanpa bukti sah bahawa isterinya bukan suci atau pernah melakukan hubungan dengan orang lain. Bagi pasangan suami isteri yang berada dalam keadaan kecurigaan tentang hubungan begini boleh melalui proses liaan atau sumpah membersihkan diri.


Bagi pasangan yang belum bernikah jika ada kecurigaan, kedua pihak boleh berbincang untuk bersetuju membuat ujian tersebut jika soal dara menjadi isu besar bagi keduanya.

No comments: