Thursday, September 25, 2008

Rahsia lelaki dan Rahsia wanita

Assalamualaikum semua...

Tadi Pak Atan ade surf surf website website di internet nie...Pak Atan ade jumpe satu website yg berkongsi tentang rahsia lelaki dan rahsia wanita yang cukup mudah dan praktikal diikuti. Sebenarnya, tips2 nih semua ada yg dah tahu pun...cuma terlepas pandang...ini Pak Atan paste kan pada anda..moga dapat manafaat

Rahsia Seks Lelaki

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

Rahsia Seks Wanita

Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

BILA BERJAUHAN DENGAN PASANGAN
Apabila suami meninggalkan isteri berhari-hari untuk ke luar daerah, masa tidur di ranjang bersendirianlah yang akan membangkitkan ghairah isteri untuk berjimak. Ketika ini isteri mungkin akan teringat-ingat waktu dirinya sedang bermesra dengan suami, yang seterusnya akan membuatkan nafsunya untuk seks membuak-buak. Tidak hairanlah bila suami pulang, isteri akan melakukan sesuatu yang akan membawa suami mereka terus ke ranjang.

WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.

Mencari G-Spot

Bagaimanakah caranya mencari G-Spot? Inginkan panduan? Sila rujuk di sini atau sila baca artikel G-spot ini (18sx* - untuk mereka yang sah di sisi undang-undang untuk melayari laman ini sahaja).

Foreplay

Apakah wilayah yang penting sebagai pembangkit kehangatan sebelum menikmati hubungan intim?

  • Dahi - Minta teman anda menghembuskan nafas sehingga terasa kehangatannya. Cium dengan penuh romantis

  • Leher - Mulakan dengan mencium dagu, kemudian dengan belaian cium leher belakangnya.

  • Telinga - Usap telinga pasangan anda dengan lidah.

  • Bibir - Cium perlahan-lahan dan dengan lama.

  • Mulut - Beri ciuman french kiss yang mengejutkan!

tips ini Pak atan ambil dari www.syokkahwin.com

Jumpa lagie ye..

~Pak Atan~

80% lelaki gagal memenuhi kehendak si isteri???

Assalamualaikum semua

Pak atan sering terbaca iklan-iklan disurat khabar,internet,majalah dan macam-macam lagi yang membincangkan statistik kegagalan lelaki dan ketidakpuasan isteri dalam perhubungan seks mereka. Adakah fakta ini benar-benar betul ataupun sekadar satu promosi produk-produk kuat yang melimpah di pasaran.

Sebenarnya, terus terang Pak Atan kata, tidak semua lelaki dan wanita tau yang mereka ini berada dalam kategori PUAS ataupun tidak. Yerlah...sedap tu memang sedap...rasa tu memang rasa, tetapi kebanyakkan kaum hawa dan adam ini tidak tahu atau tidak pasti yang kenikmatan mereka itu sebenarnya boleh ditingkatkan lagi.

Bagaimana nak pergi lebih jauh dalam hubungan anda? ini Pak Atan bagi tips untuk Kaum lelaki. Untuk Kaum lelaki..Pak Atan syorkan anda selalu bersenam sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Bukan nak kena jogging 10Km pun, ia adalah sekadar senaman ringkas naik tangga dan ketuk ketampi 50 kali. Percayalah cakap Pak Atan nie...senaman-senaman kaki memang banyak impaknya dalam hubungan suami isteri. Selalulah merenggangkan kaki ketika pagi...

Lagi satu Pak Atan nak ingatkan....Jangan minum ais seminggu....selang selikan dalam sebulan...seminggu minum...seminggu tidak....begitu caranya...Dua tips dulu anda buat yee...Kemudian semasa bertarung tu...Pak Atan nak si Lelaki ini buang jauh-jauh ape yang ade dalam kepale, Hutang, Masalah kerja, dan lain lain..kosong kan minda dan nikmati dengan penuh kerterujaan. Anda lihat hasilnya.

Ini tips-tips mudah sebenarnya pak atan nak kongsi...sebelum Pak atan bagi yang berat-berat...kite mula kan dengan yang ringan-ringan...bagi sepuluh..buat dua jer buat ape kan...harap-harap jumpa lagi ye.

~PAk ATAn~

Cerita Dalam Kelambu

Assalamualaikum semua,

Ramai masyarakat Malaysia ni khususnya melayu cukup suka dengan cerita dalam kelambu, tapi awal awal pak atan ingatkan, blog ini bukan untuk koleksi cerita-cerita lucah tau. Blog ini pak atan wujudkan untuk berkongsi pengalaman sepanjang usia pak atan dalam kebahagian berumah tangga.

Pak Atan bukan hero yang hebat, cuma pak atan ada pengalaman yang pak atan alami sendiri dan pengalaman orang lain yg pak atan dapat. Orang melayu kita suka bertanya masalah mereka dalam soal berumahtangga pada orang yang salah. Berkongsi cerita pada orang yang salah akan membuatkan keadaan bertambah buruk.

Masyarakat melayu juga nih suka sangat-sangat nak berlapik bila bertanya dan bercakap. Atas sebab berlapik sangatlah kita selalu keliru dengan info dan maklumat yang orang berikan pada kita.

Diharap, Pak Atan dapat membantu semua. Kebahagiaan rumah tangga bukan sekadar seks semata-mata. Komunikasi,perhubungan dan banyak lagi akan Pak Atan kongsi kan. Selamat membaca pada semua.

wassalam

~Pak Atan~