Thursday, September 25, 2008

Cerita Dalam Kelambu

Assalamualaikum semua,

Ramai masyarakat Malaysia ni khususnya melayu cukup suka dengan cerita dalam kelambu, tapi awal awal pak atan ingatkan, blog ini bukan untuk koleksi cerita-cerita lucah tau. Blog ini pak atan wujudkan untuk berkongsi pengalaman sepanjang usia pak atan dalam kebahagian berumah tangga.

Pak Atan bukan hero yang hebat, cuma pak atan ada pengalaman yang pak atan alami sendiri dan pengalaman orang lain yg pak atan dapat. Orang melayu kita suka bertanya masalah mereka dalam soal berumahtangga pada orang yang salah. Berkongsi cerita pada orang yang salah akan membuatkan keadaan bertambah buruk.

Masyarakat melayu juga nih suka sangat-sangat nak berlapik bila bertanya dan bercakap. Atas sebab berlapik sangatlah kita selalu keliru dengan info dan maklumat yang orang berikan pada kita.

Diharap, Pak Atan dapat membantu semua. Kebahagiaan rumah tangga bukan sekadar seks semata-mata. Komunikasi,perhubungan dan banyak lagi akan Pak Atan kongsi kan. Selamat membaca pada semua.

wassalam

~Pak Atan~

No comments: