Saturday, June 5, 2010

Kebaikan ilmu seks

Kebaikan ilmu seks

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

DARIPADA segi akademik, pencapaian remaja perempuan di negara kita memang jauh lebih baik berbanding lelaki tetapi agak ketinggalan dalam soal hubungan sosial dan pengetahuan mengenai tubuh badan, khususnya membabitkan isu seks, kedaraan, kitaran haid serta kehamilan.

pix_middle
Kisah pelajar sekolah menengah melahirkan anak dalam tandas, pembuangan bayi dan ramainya remaja mendapat penjagaan di rumah perlindungan adalah bukti generasi muda kita, terutama perempuan, ‘miskin’ dengan ilmu hubungan sosial sehingga mudah terperangkap dengan pujuk rayu teman lelaki yang mahu mengambil kesempatan.


Perkara ini tidak hanya berlaku pada remaja berpendidikan rendah, malah turut membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi yang dianggap golongan cerdik kerana boleh belajar hingga ke menara gading seperti kes bekas siswazah di Johor Bahru yang ditemui mati dalam bilik asrama bersama bayi baru dilahirkan (Harian Metro, 1 Julai 2009).


“Ramai tidak tahu bahawa persepsi atau impian cinta remaja perempuan tidak sama dengan remaja lelaki. Remaja perempuan menganggap teman lelaki sebagai bakal suami dan anggapan ini membuat mereka sanggup menyerahkan jiwa dan raga. Sedangkan pada remaja lelaki, cinta ketika usia muda adalah untuk mencuba, mencari pengalaman seks atau menyahut cabaran rakan.


“Antara jawapan diberi pelajar lelaki sekolah menengah ketika ditanya reaksi mereka jika teman wanita hamil ialah menuduh teman wanita curang (melakukan hubungan seks dengan lelaki lain) atau melarikan diri. Malah, ada yang berkata sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti.


“Tiada yang sanggup bertanggungjawab dengan mengahwini teman wanita mereka atas pelbagai faktor,” kata Pengarah Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Norliza Ahmad.


Malangnya perkara ini tidak disedari remaja perempuan. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-4 LPPKN (2004) mendapati 2.2 peratus golongan muda berumur antara 13 hingga 24 tahun (kira-kira 132,000 orang) melakukan hubungan seks luar nikah.


Kajian di Negeri Sembilan (2006) mendapati 5.4 peratus remaja melakukan hubungan seks buat pertama kali pada umur 15 tahun manakala kajian media LPPKN pada 1998 mendapati 27.2 peratus golongan muda melakukan hubungan seks pertama ketika berusia 16 tahun dan umur paling muda pernah direkodkan ialah sembilan tahun.


Berdasarkan rekod klinik dan hospital kerajaan yang dikaji, 19 peratus kes hamil luar nikah membabitkan remaja di bawah 18 tahun dan lebih menyedihkan, 65 peratus daripadanya adalah remaja Melayu! “Remaja adalah masa di mana seseorang paling bertenaga tetapi tenaga ini digunakan ke arah tidak sepatutnya. Ramai ibu bapa mengakui berdepan masalah mengendalikan anak remaja dan ia menjadi masalah kedua utama selepas kewangan.


“Ibu bapa perlu faham, remaja adalah zaman peralihan daripada kanak-kanak ke dewasa. Semua proses yang berlaku ketika peralihan zaman ini memberi kesan kepada perkembangan psikologi mereka.


“Ketika inilah mereka memerlukan panduan ibu bapa supaya tidak terpesong atau terpengaruh dengan anasir tidak baik, terutama dalam bidang hubungan sosial dan seks,” katanya ketika program kesihatan reproduktif dan sosial.

Bahaya seks ketika haid

Bahaya seks ketika haid



2010/02/13
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ISLAM melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.


Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.


Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.


Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.


Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.


Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.


Malah, ada juga kemungkinan jangkitan terbabit merebak terus ke dalam salur darah dan mengakibatkan kemasukan kuman dalam darah menerusi keadaan dikenali sebagai bacteriaemia, yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dan mengakibatkan maut!

Hubungan seksual ketika haid juga mengundang risiko berlakunya pendarahan berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan.


Memandangkan hubungan seksual dalam pandangan Islam ialah ibadat, melakukannya ketika wanita datang haid adalah salah daripada segi hukum Islam.


Sebabnya bukan saja daripada segi kekotoran dan najis yang keluar, tetapi kemungkinan berlaku kemudaratan kepada kesihatan wanita.


Sebahagian besar wanita pula mendapati ketika dalam haid, nafsu syahwat meningkat secara mendadak dan selera seks mereka mudah terbuka sehingga sanggup melakukan seks ketika itu.

Faraj cepat kering apabila bersama

Faraj cepat kering apabila bersama



2010/04/12
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA kini hamil tiga bulan anak pertama. Ketika bersama suami, saya mengalami masalah faraj cepat kering hingga menyebabkan saya berasa sakit.

Adakah masalah ini normal kepada wanita yang melakukan hubungan ketika hamil? Apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

BAKAL IBU,
Kuala Lumpur

KEINGINAN atau keghairahan yang timbul sewaktu hubungan seks menyebabkan penghasilan lelehan daripada sepasang kelenjar yang terletak berhampiran pintu faraj.


Lelehan ini bersifat pelincir bagi memudahkan penetrasi seks. Kelenjar yang dinamakan kelenjar Bartholin ini tidak dapat dikenal pasti melalui sentuhan kecuali jika salurannya tersumbat dan menyebabkan kelenjar ini membengkak. Kadangkala, kehamilan menimbulkan rasa kebimbangan terhadap kesan kepada kandungan akibat melakukan hubungan seks. Ini boleh menyebabkan wanita tidak terangsang secara seksual dan tiada penghasilan lelehan kelenjar Bartholin.


Buat sementara waktu, penggunaan bahan pelincir dapat menggantikan fungsi lelehan ini sehinggalah keinginan atau rangsangan seksual kembali pulih kelak. Anda boleh berjumpa doktor untuk kaunseling dan pada masa sama, menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui sekiranya kelenjar terbabit tersumbat dan mula membengkak.

Keinginan terhalang

Keinginan terhalang



2010/02/21
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA berumur 55 tahun. Isteri pula berumur 51 tahun dan sudah menopaus. Sesekali dalam setahun rasa ingin mengadakan hubungan kelamin, tetapi kemaluan isteri saya kering. Apabila melakukan hubungan, ereksi tidak dapat memasukkan disebabkan kemaluannya sakit dan ketat.

Adakah apa-apa ubat atau (krim pelincir) yang membolehkan alat kelamin isteri saya menjadi basah, seterusnya dapat ‘bersama’ tanpa berasa sakit?

MAHU TAHU
Shah Alam, Selangor

Hubungan keintiman seksual tiada had umur kerana naluri, nafsu dan syahwat kekal sehingga ke liang lahad. Bagi wanita dan lelaki veteran yang masih ingin melakukan hubungan penetratif seksual, mereka perlu bersedia.


Ada beberapa cabaran yang sebahagiannya ialah anggota sulit isteri yang kering, kesat, pembukaan faraj yang sempit dan mengecut, manakala anggota sulit suami yang tidak dapat erek lama dan kurang kepadatannya.


Anggota sulit wanita yang masih ada kemampuan mendapat zuriat berada dalam keadaan gebu, lembut dan mudah meluas. Ini kerana kesan dan pengaruh hormon kewanitaan estrogen kepada kulit dan otot lantai pelvis.


Apabila wanita itu putus haid, dalam masa lima tahun kulit menjadi kesat dan faraj menjadi sempit jika persetubuhan penetratif jarang atau tidak dilakukan.


Cara untuk menjaga anggota itu supaya sentiasa lembut dan tidak sempit ialah menyapu gel pelembap atau perapi anggota sulit perempuan berbentuk krim kepada bahagian luar iaitu di bibir besar dan kecil.


Kadangkala wanita boleh gunakan batang plastik yang dikenali sebagai alat pelega atau ‘dilator’ untuk melegakan pembukaan faraj supaya sentiasa dalam keadaan bersedia bagi memudahkan suami menyalurkan ereksinya ke dalam tanpa wanita veteran itu terasa sakit.


Ini satu pendekatan untuk mengelakkan faraj daripada menjadi tidak berguna.


Lelaki yang mengalami lemah tenaga batin iaitu gagal mencapai ereksi yang sesuai untuk melakukan hubungan penetratif boleh jumpa doktor untuk rawatan moden. Jangan membazirkan duit berjumpa tukang urut kerana perbuatan itu sia-sia saja.


Jangan makan ubat kuat yang dijual di pasaran kerana kebanyakannya ada campuran ubat beracun dan boleh memudaratkan kesihatan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Dilema mati putik

Dilema mati putik



2010/04/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KESIHATAN fizikal, mental dan sosial perlu untuk kesempurnaan hubungan seksual. Hubungan mesra antara pasangan dapat mengeratkan silaturahim dan mencetuskan perasaan keinginan untuk hubungan intim secara seksual.

Wanita yang satu ketika dulu tiada masalah untuk melakukan hubungan seksual dan selepas bersalin pula sukar melakukannya mungkin mengalami tekanan yang menyebabkannya berkeadaan demikian. Selepas bersalin, isteri perlu lalui pelbagai tanggungjawab baru dan mencabar. Jadi mereka mudah letih, lebih-lebih lagi jika anak meragam. Mungkin jika suami sekali sekala membantu meringankan tugas penjagaan anak, ia dapat membuka hati isteri untuk memberi masa kualiti untuk bermesra dan melakukan hubungan intim dengan suami. Sebilangan wanita yang bersalin anak sulung terpaksa menjalani proses kelahiran mencabar seperti faraj perlu dipotong (pembedahan episiotomi) untuk memberi ruang luas ketika kelahiran anak dan selepas itu bahagian yang dipotong kerap terasa sakit. Ada juga wanita mengalami kecederaan pada anggota kelamin ketika melahirkan anak dan bahagian yang luka menjadi parut yang menyakitkan. Jadi dalam keadaan sedemikian, hubungan kelamin dilakukan mengganggu parut atau tempat yang terluka dulu dan sudah tentu ia memberi kesakitan atau ketidakselesaan, sekali gus menghilangkan ‘mood’ untuk bersetubuh. Masalah ini dikenali sebagai ‘dispareunia’ atau sakit ketika hendak bersetubuh. Jika perkara ini berlaku, mustahak untuk wanita dan pasangannya berjumpa doktor untuk menjalani bimbingan dan pemeriksaan.


Perasaan tidak ghairah yang dialami wanita ketika bercumbu untuk memulakan hubungan seksual tidak akan mencetuskan rangsangan seksual. Secara langsung perjalanan darah tidak lancar ke anggota sulit dan kemaluan tidak mengembang serta menggebu. Corong faraj juga akan menjadi sempit dan tiada lelehan cecair pelicin. Situasi ini dikenali sebagai ‘mati putik’ (mati pucuk istilah yang digunakan kepada lelaki yang mengalami masalah sama). Jika hubungan penetratif dipaksa, perempuan itu akan berasa sakit dan ini akan menambah tekanan jika ingin melakukan hubungan seksual kemudian hari.

Dara dari kaca mata Islam

Dara dari kaca mata Islam



2010/05/23
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA seorang ahli yang aktif di satu ruangan forum di Internet. Baru-baru ini saya bertemu dua situasi yang pada saya amat menyedihkan dan mengelirukan.

Berikut adalah dua situasi berkenaan:
a. Seorang suami mendapati isteri tiada darah dara pada malam pertama lantas meninggalkan isteri kerana pada firasatnya isteri itu tiada dara. Kes ini sudah di bawa ke mahkamah dan menunggu hari untuk dibicarakan. Apakah hukum suami berkenaan meninggalkan isterinya begitu saja sedangkan isteri itu seorang gadis yang suci? b. Setahu saya di dalam Islam tiada ujian dara ke atas gadis dilakukan. Tetapi saya bertemu dengan seorang yang begitu kuat kajiannya mengenai dara. Dan hasil kajian dia itu dia mendapati dia perlu menyuruh teman wanitanya melakukan ujian dara sebelum berkahwin dengannya atas alasan kejujuran.


Bolehkah cara ini dilakukan. Apakah hukumnya tidak jatuh haram?

KELIRU,
Bangsar

Sudah pasti bagi seorang lelaki yang soleh mahukan isteri yang solehah. Kesucian dan tanda dara seorang wanita bukan lagi diukur secara lama dengan melihat kepada darah atau selaput dara sewaktu malam pertama. Selaput dara boleh juga hilang walaupun tanpa hubungan terlarang kerana mereka yang terlampau aktif juga ada kemungkinan hilang dara. Dengan teknologi moden yang ada sekarang, selaput dara boleh dikembalikan kepada mereka yang sudah melakukan hubungan kelamin dan lama berkahwin.


Berdosa bagi suami membuat tuduhan tanpa bukti sah bahawa isterinya bukan suci atau pernah melakukan hubungan dengan orang lain. Bagi pasangan suami isteri yang berada dalam keadaan kecurigaan tentang hubungan begini boleh melalui proses liaan atau sumpah membersihkan diri.


Bagi pasangan yang belum bernikah jika ada kecurigaan, kedua pihak boleh berbincang untuk bersetuju membuat ujian tersebut jika soal dara menjadi isu besar bagi keduanya.

Hubungan hambar isteri mahu cerai

Hubungan hambar isteri mahu cerai



2010/05/28
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HUBUNGAN saya dan suami hambar akhir-akhir ini malah kami tidak tidur bersama tapi masih tinggal serumah.

Adakah jatuh talak kerana kami tidak pernah melakukan hubungan intim untuk tempoh yang lama? Saya tidak mahu hidup bersama suami, tetapi suami enggan menceraikan saya. Bagaimana cara penyelesaiannya?

ISTERI BUNTU,
Kuala Lumpur.
SEORANG suami tidak boleh sepatutnya menyeksa isteri tanpa sebarang nafkah zahir dan batin untuk tempoh yang lama.


Dia sepatutnya melepaskan isteri secara baik.


Sekiranya suami enggan menceraikan isterinya, Islam sebagai agama yang mengamalkan kebajikan untuk semua membenarkan seorang perempuan memohon kepada mahkamah syariah bagi mendapatkan perceraian menurut syarat pengakuan taklik yang dibuat suami selepas berkahwin.


Taklik (ta'liq) atau janji adalah lafaz perjanjian yang dibuat suami selepas akad nikah menurut hukum syarak dan akta undang-undang keluarga Islam.


Antara perkara yang termasuk dalam lafaz taklik ialah (1) meninggalkan isteri lebih empat bulan berturut-turut atau lebih (2) tidak memberi nafkah selama masa berkenaan dan (3) memudaratkan tubuh badan isteri.


Mahkamah akan menyiasat aduan isteri untuk menetapkan perceraian sedemikian berlaku.


Mahkamah juga boleh memfasakhkan (memisahkan) perkahwinan terbabit apabila dakwaan itu terbukti.


Apa yang penting adalah segera melaporkan perkara berkenaan kepada mahkamah syariah.


PS : Penceraian dapat dielakkan jika suami tahu peranan beliau dalam memberikan nafkah batin yg sememangnyer wajib kepada si isteri. Sesungguhnya adalah satu penyeksaan dalam rumahtangga jika tanggugjawap itu gagal dilaksanakan...